Home Nasional PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera
Nasional

PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera

PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KOTA TINGGI, 26 Julai – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bertujuan menukar persepsi masyarakat setempat dan minda penghuni program perumahan berkenaan.

Selain langkah tersebut, keluasan perumahan tersebut juga dinaik taraf daripada 600 kepada 680 kaki persegi.

\”Kita mempunyai konsep sewa untuk beli ertinya bayaran sewa itu akan ditukar menjadi sebahagian daripada pembayaran untuk pemilikan rumah-rumah berkenaan.

\”Secara tidak langsung ini akan mengurangkan beban kepada penghuni rumah itu yang akhirnya menjadi pemilik mutlak apabila penukaranini dapat dilakukan,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Rumusan Pemukiman Program Utama Kementerian, di Desaru, di sini.

Bagi tahun 2024, KKDW telah memperuntukan RM460.4 juta bagi pembinaan 3,000 unit PPRS baharu, dan membaik pulih 12,600 unit kediaman berkenaan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...