Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Pahang singgah di lima daerah bermula esok
Nasional

Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Pahang singgah di lima daerah bermula esok

Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Pahang singgah di lima daerah bermula esok

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Pahang, Cik Kazidi Mohd Zainuddin pada sesi Temubual Eksklusif di konti radio Pahangfm, di Kuantan

KUANTAN, 26 Julai- Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 bakal menjengah ke lima daerah di Pahang bermula esok sehingga Isnin ini.

Kembara akan bermula di Rompin diikuti Bera, Bentong, Maran dan Kuantan.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Pahang, Cik Kazidi Mohd Zainuddin berkata, pelbagai aktiviti diatur bagi meraikan 70 peserta kembara, selain menyemarakkan rasa cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

\”Setiap daerah yang kita telah kenal pasti akan diadakan program yang mengikut acuan dan juga citarasa daerah itu sendiri, jadi itu keunikan di 11 daerah di Pahang.

\”Di Maran lain, di Bentong nya lain, di Rompin lain, jadi keunikan itu memang kita lihat satu benda yang sesuai untuk kita bagi pengalaman kepada ahli rombongan,\”katanya.

Kembara kali ini katanya, akan membabitkan 36 buah kenderaan, terdiri daripada 11 kereta dan 25 motosikal, termasuk 20 motosikal berkuasa tinggi dari Suzuki VStrom Owners Club Malaysia.

Katanya, peserta terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti.

Jelasnya lagi, jumlah peserta dijangka akan bertambah, selepas ramai yang menyatakan hasrat untuk turut sama menyertai kembara kali ini.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas sesi Temubual Eksklusif di konti radio Pahangfm, di Kuantan, hari ini.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...