Home Nasional IAIS Malaysia diharap jadi koordinasi isu komuniti Muslim peringkat antarabangsa
Nasional

IAIS Malaysia diharap jadi koordinasi isu komuniti Muslim peringkat antarabangsa

IAIS Malaysia diharap jadi koordinasi isu komuniti Muslim peringkat antarabangsa

Pengerusi IAIS Malaysia, Dr. Maszlee Malik (kanan) bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Badan pemikir Islam, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, diharap dapat terus memainkan peranan utama mengkoordinasi isu-isu dihadapi komuniti Muslim di peringkat antarabangsa.

Harapan tersebut dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perjumpaan beliau dengan Pengerusi IAIS Malaysia, Dr. Maszlee Malik bagi membincangkan hala tuju dan pelan tindakan institut itu untuk tempoh jangka panjang.

“Sejak ditubuhkan pada 2008, IAIS Malaysia telah memainkan pelbagai peranan penting bagi mempromosikan identiti Muslim yang positif dan memupuk kesepaduan dalam kalangan komuniti Muslim serta ummah amnya di peringkat antarabangsa,\” kata Anwar menerusi hantaran di Facebooknya.

Paling utama, Anwar berkata IAIS Malaysia telah menyumbang kepada pembangunan \’soft diplomacy\’ negara selain memastikan pelaksanaan libat urus melalui dialog antara negara-negara di peringkat antarabangsa, terutamanya negara Muslim selari dengan aspirasi konsep pendekatan MADANI.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...