Home Nasional Bekas menteri, veteran MCA Tun Michael Chen meninggal dunia
Nasional

Bekas menteri, veteran MCA Tun Michael Chen meninggal dunia

Bekas menteri, veteran MCA Tun Michael Chen meninggal dunia

Foto: FB Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR, 26 Julai– Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tun Michael Chen Wing Sum, 92, meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebooknya malam ini.

“Menerima berita sedih mengenai Tun Michael Chen, bekas Timbalan Presiden MCA yang telah meninggal dunia hari ini. Sumbangan dan peranan semasa hayatnya kepada masyarakat, MCA serta negara akan sentiasa dikenang,” katanya menerusi hantaran itu

Wee berkata mendiang telah memainkan peranan penting khususnya dalam memudahkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China melalui ‘Diplomasi Ping Pong’ seterusnya memupuk hubungan yang membawa kemajuan dan kerjasama bermakna antara kedua-dua negara.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata Chen adalah veteran yang setia menyokong parti dan tetap bersemangat menghadiri program anjuran parti walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot.

“Walaupun dalam kesedihan, tetapi ahli parti perlu meneruskan legasi dan semangat perjuangannya. Kesungguhan Tun Michael terhadap kemajuan dan perpaduan akan terus memberi inspirasi kepada kita terutama ahli parti. Takziah diucapkan kepada keluarganya,” katanya.

Pada 1964, Chen memulakan karier sebagai Setiausaha Parlimen kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab dalam Penyelidikan Tenaga Nuklear dan Alam Sekitar pada 1973.

Pada tahun berikutnya, beliau dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama lima tahun.

Chen, juga pernah dilantik sebagai senator pada 1997, sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 2000 hingga 2003. – BERNAMA

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...