Home Nasional Bela nasib rakyat Palestin, seramai 135 pelajar Palestin menuntut di USIM
Nasional

Bela nasib rakyat Palestin, seramai 135 pelajar Palestin menuntut di USIM

Bela nasib rakyat Palestin, seramai 135 pelajar Palestin menuntut di USIM

Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani

PUTRAJAYA, 26 Julai – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merekodkan bilangan pelajar Palestin paling ramai dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata seramai 135 pelajar Palestin menuntut di universiti tersebut.

Beliau berkata, pelajar terbabit turut diberi bantuan biasiswa pembelajaraan.

\”Kami memang peka dengan kumpulan mereka. Jadi kami cuba untuk membantu dari segi biasiswa kepada mereka. Kami juga ingin menguar-uarkan lagi ramai rakyat Palestin datang (ke USIM) dan kami akan cuba cari tajaan untuk bantu mereka belajar,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis USIM Bersama Media 2024, di sini.

Tahun lalu, sebanyak RM260,000 dana diperuntukkan bagi membiayai yuran pengajian rakyat Palestin selaras dengan komitmen kerajaan dalam membantu pendidikan mereka yang menuntut di negara ini.

Dalam pada itu, USIM turut melancarkan satu dokumentari khas bertajuk \”The Great Sacrifice\” yang menceritakan keadaan pelajarnya di Palestin.

Dokumentari tersebut telah disiarkan di platform Youtube USIM pada Jun lalu.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...