Home Nasional Rapid KL lanjutkan operasi LRT Bukit Jalil hingga 1 pagi Ahad ini
Nasional

Rapid KL lanjutkan operasi LRT Bukit Jalil hingga 1 pagi Ahad ini

Rapid KL lanjutkan operasi LRT Bukit Jalil hingga 1 pagi Ahad ini

Operasi stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan pada Sabtu sehingga 1 pagi, Ahad bagi bagi memenuhi keperluan operasi di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL akan melanjutkan operasi stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil pada Sabtu sehingga 1 pagi, Ahad bagi memenuhi keperluan operasi di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Prasarana memaklumkan semua stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

“Pengguna diminta menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan. Sila guna kad Touch ‘n Go bagi kelancaran perjalanan,” menurut Prasarana menerusi kenyataan.

Terdapat tiga acara menarik akan berlangsung di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil, pada Sabtu iaitu Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur dan Konsert Rianie Yang 2024 di Axiata Arena.

Selain itu, program Nihon Matsuri 2024 yang bermula sejak Khamis hingga Ahad ini turut diadakan di tempat parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...