Home Nasional UMNO komited perkasa TVET bagi golongan muda
Nasional

UMNO komited perkasa TVET bagi golongan muda

UMNO komited perkasa TVET bagi golongan muda

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

JOHOR BAHRU, 27 Julai- UMNO terus memberikan komitmen dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan lebih 4,000 kursus kemahiran.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen itu turut melibatkan golongan muda yang tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

\”TVET tidak mengira pencapaian SPM dan usia, kerana usaha tertumpu kepada menyediakan pekerjaan berkualiti kepada anak muda, seterusnya mengurangkan pengangguran.

\”Ketika ini, kadar kebolehpasaran graduan TVET di bawah MARA, mencecah 98.7 peratus, seterusnya menunjukkan graduan TVET diterima baik dalam pasaran kerja,\” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Johor Bahru malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga mahu parti berkenaan dalam menangani politik sentimen dan politik kebencian selain menekankan politik perkhidmatan, dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat Melayu terhadap parti itu.

Strategi itu, akan menjadi rahsia kebangkitan semula parti tersebut selaku wadah perjuangan utama masyarakat Melayu di negara ini.

Beliau juga menyifatkan UMNO bukan parti bermusim yang hanya muncul apabila tiba pilihan raya, sebaliknya parti itu bergerak setiap masa.

\”Dalam situasi sekarang politik sentimen dan politik kebencian mesti ditangani oleh jentera-jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan kita juga perlu fokus kepada politik pembangunan dan politik perkhidmatan. Ini mesti diteruskan.

\”Parti lain menang kerana mainkan isu dan sentimen tetapi UMNO parti orang baik-baik. Jadi kalau kita mahu menang kita buat kerja cara orang menang,\” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menggesa jentera BN untuk menggunakan pendekatan terkini dalam menyantuni pengundi khususnya menerusi pelbagai platform media sosial.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...