Home Nasional Lorong kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor ditutup
Nasional

Lorong kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor ditutup

Lorong kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor ditutup

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Lorong kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor di kilometer 335.7 hingga 336.6 arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan ditutup bermula 29 Julai hingga 23 Ogos depan.

PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan laluan kepada semua kenderaan itu berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

\”Ia bagi memberi laluan kerja-kerja turapan konkrit secara berperingkat pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh tersebut.

\”Namun lorong kanan di laluan terbabit masih boleh digunakan oleh semua kenderaan,\” katanya.

Sementara itu, bagi pengguna yang menghala ke selatan dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.

\”Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan ketika melalui kawasan terbabit,\” tambah kenyataan itu.

Bagaimanapun pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine menerusi talian 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan apabila berlaku kecemasan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...