Home Nasional Hari Pahlawan akan mempersembahkan pantomim, ceritakan pengorbanan wira negara
Nasional

Hari Pahlawan akan mempersembahkan pantomim, ceritakan pengorbanan wira negara

Hari Pahlawan akan mempersembahkan pantomim, ceritakan pengorbanan wira negara

Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Hayati pengorbanan pejuang tanah air yang berjuang hingga ke akhir nyawa dan pengorbanannya tiada galang ganti dalam mempertahankan negara.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar menegaskan, kemerdekaan yang diperoleh tanah air tidak diperolehi begitu sahaja.

Justeru antara pengisian Istiadat Hari Pahlawan pada 31 Julai ini adalah mempersembahkan pantomim mengenai pengorbanan pejuang negara melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

\”Kita akan menunjukkan peristiwa yang melibatkan tentera dan polis bahawa kedua-dua pasukan keselamatan ini ibarat isi dengan kuku. Perlu saling berganding baru saling membantu untuk membanteras segala anasir-anasir yang datang.

\”Pantomim kali ini akan menceritakan pengorbanan wira-wira negara yang turut terkorban dalam insiden tersebut. Kita tidak boleh mengambil keamanan itu dengan mudah. Keamanan tidak datang dengan sendirinya, dia datang dengan maksud pengorbanan yang amat besar,\” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Wisma Berita, Angkasapuri Kota Media.

Sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai ini akan diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya.

Pada masa sama Mohd Nizam juga mahu rakyat Malaysia terus bersatu dan berpadu dalam memahami erti kepahlawanan serta mendalami erti pengorbanan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...