Home Nasional Jangan panik, insiden balai polis di Pontian diserang seperti tular di media sosial adalah latihan- M.Kumar
Nasional

Jangan panik, insiden balai polis di Pontian diserang seperti tular di media sosial adalah latihan- M.Kumar

Jangan panik, insiden balai polis di Pontian diserang seperti tular di media sosial adalah latihan- M.Kumar

Tangkap layar video tular berdurasi 13 saat menunjukkan sekumpulan lelaki menyerang Balai Polis Pekan Nenas di Pontian, Johor

PONTIAN, 27 Julai- Insiden sekumpulan lelaki menyerang Balai Polis Pekan Nenas di Pontian, Johor, seperti tular di media sosial baru-baru ini, adalah sebahagian daripada Latihan Amal Simulasi Gemparan Am yang dijalankan Polis Johor, bermula dua Julai lalu, hingga 5 Ogos hadapan.

Ketua Polis Johor, CP M.Kumar berkata, simulasi dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan perancangan dan tindakan dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan serta ketenteraman awam.

Inisiatif itu secara tidak langsung, dapat melatih pegawai dan anggota polis untuk sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi situasi krisis.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik dan tidak terpengaruh dengan khabar angin berkaitan video latihan amal tersebut, yang ditularkan di media sosial.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 13 saat tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki menyerang Balai Polis Pekan Nenas di Pontian, Johor, pada Khamis lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....