Sunday , 22 September 2024
Home Nasional RM316 juta laksana projek atasi banjir pantai Sarawak
Nasional

RM316 juta laksana projek atasi banjir pantai Sarawak

RM316 juta laksana projek atasi banjir pantai Sarawak

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

MIRI, 27 Julai-Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM316 juta bagi melaksanakan projek mengatasi banjir pantai Sarawak bagi melindungi penduduk di pesisir pantai daripada kejadian banjir dan hakisan pantai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek berkenaan melibatkan 17 lokasi di enam bahagian di Sarawak iaitu Betong, Samarahan, Kuching, Mukah, Limbang dan Miri meliputi pesisiran pantai sepanjang 40 kilometer.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberitahu projek itu akan memanfaatkan 45,000 penduduk di pesisir pantai serta 6,000 hektar kawasan agrikultur dan 300 hektar kawasan industri.

“ Yang ini nanti keseluruhan projek ini yang enam bahagian yang kita katakan tadi dalam proses sebenarnya untuk proses tender.

\”Jadi ini akan dimuktamadkan diharapkan proses tender dapat dimuktamadkan tahun ini dan pelaksanaan harap akan dapat dilaksanakan tahun hadapan\”, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Lima Projek Siap Jabatan Pengairan dan Saliran kepada Kerajaan Sarawak di Lutong, di sini.

Tambahnya, bagi Bahagian Miri pula, ia membabitkan lima lokasi iaitu di Pantai Lutong, Pantai Bungai Bekenu, Pantai Peliau Bungai, Pantai Kampung Kuala Sibuti dan Pantai Bakam.

Beliau berharap agar projek-projek ini dapat memberi impak maksima kepada kesejahteraan rakyat sekali gus meransang ekonomi Sarawak di samping mengurangkan kerugian harta benda, kemudahan awam dan kehilangan nyawa akibat banjir.

Related Articles

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh
Nasional

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh

FOTO DBKUKUCHING, 22 September- Dewan Bandaraya Kuching Utara, DBKU sedang mempertimbang cadangan...

Situasi banjir di Perak tidak berubah
Nasional

Situasi banjir di Perak tidak berubah

FOTO APM KERIANKERIAN, 22 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal...

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang
Nasional

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang

Foto RTMALOR SETAR, 22 September – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah...

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia
Nasional

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia

Foto RTMPUTRAJAYA, 21 September – Festival Budaya Putrajaya 2024 yang berlangsung dengan...