Home Nasional MyIPO terima 64,000 permohonan daftar harta intelek
Nasional

MyIPO terima 64,000 permohonan daftar harta intelek

MyIPO terima 64,000 permohonan daftar harta intelek

Pengerusi MyIPO, Dr. Mohd. Zuhan Mohd. Zain

GUA MUSANG, 27 Julai-Kira-kira 64,000 permohonan pendaftaran harta intelek diterima Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bermula bulan Januari sehingga kini.

Pengerusinya, Dr. Mohd. Zuhan Mohd. Zain berkata, jumlah berkenaan merangkumi keseluruhan lima komponen pendaftaran harta intelek iaitu paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta serta petunjuk geografi.

Katanya, jumlah permohonan itu dijangka akan semakin meningkat dalam tempoh empat bulan akan datang.

Menurut Dr Mohd Zuhan, pemohon boleh mendaftar komponen yang mereka mahu secara dalam talian atau di kaunter yang terdapat enam zon seluruh negara serta ejen bertauliah yang dilantik oleh MyIPO.

64,000 itu merangkumi keseluruhan lima komponen pendaftaran harta intelek dan kalau untuk pameran ia sukarela jadi kita tak masukkan dalam 64,000.

\”Hak cipta ini apabila kita lakukan akan mendapat sijil dengan pantas. Apabila mereka datang ke kaunter dalam masa 30 minit peningkatan itu hampir 300 peratus kita buat pendaftaran dan bila kita kumpul di ibu pejabat dan peringkat cawangan, Kita melihat peningkatan itu makin tinggi ke arah lebih 300 peratus\”,katanya demikian selepas Taklimat Pengenalan Harta Intelek dan Penyampaian Zakat Wakalah MyIPO kepada pelajar asnaf di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara di Kampung Jerek,di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dr Mohd. Zuhan berkata, pihaknya masih menunggu permohonan daripada Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendaftarkan hak cipta Keris Tok Chu yang dipercayai berusia hampir 200 tahun dan Sampir Kuseriwa di MyIPO dan mewartakannya sebagai warisan Kelantan di Jabatan Warisan Negara.

Katanya, Keris Tok Chu dikatakan berasal dari Kampung Laut, Tumpat dibuat oleh seorang penempa yang bernama Tok Chu manakala Sampir Kuseriwa dibuat oleh empu (orang yang mahir pembuatan keris) diraja Kelantan zaman dahulu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....