Home Nasional Dua maut, pacuan empat roda bertembung lori treler
Nasional

Dua maut, pacuan empat roda bertembung lori treler

Dua maut, pacuan empat roda bertembung lori treler

Foto RTM

TEMERLOH, 27 Julai-Dua termasuk seorang warga emas terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur -Kuantan di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 79 tahun memandu kenderaan yang membawa empat penumpang datang dari arah Kuala Lumpur manakala lori treler tersebut dari arah bertentangan.

Kedua-dua kenderaan tersebut telah bertembung dan menyebabkan pemandu pacuan empat roda bersama seorang penumpang berusia 46 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara tiga lagi penumpang tersebut termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mengalami kecederaan.

Manakala pemandu lori treler turut mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh bagi tindakan lanjut.

Kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...