Home Nasional Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas di Langkawi diteruskan
Nasional

Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas di Langkawi diteruskan

Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas di Langkawi diteruskan

Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas di Langkawi diteruskan

LANGKAWI, 28 Julai– Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Cenang, Langkawi petang semalam, diteruskan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashaari berkata operasi mencari dilakukan di sekitar kawasan pantai Cenang.

Dalam kejadian pukul 3.05 petang semalam, Muhammad Izzham Hakimie Azizi, 15 tahun dilaporkan hilang selepas cuba menyelamatkan adik perempuannya daripada lemas ketika mandi di pantai berkenaan bersama dua rakan lelaki.

ACP Shariman Ashaari berkata, mangsa bersama-sama abang ipar, kakak dan adik perempuan serta lima lagi rakannya ke pantai itu pada pada pukul 2.00 petang untuk menyambut hari lahir adiknya sebelum turun mandi bersama adik perempuannya dan rakannya.

Kakak mangsa menyedari kejadian berkenaan selepas melihat orang ramai cuba menyelamatkan dua mangsa yang terapung di tepi laut.

Tiga mangsa yang berjaya diselamatkan itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan berada dalam keadaan stabil.

SAR yang bermula seawal pukul 7.30 pagi melibatkan enam pegawai dan 43 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....