Home Nasional Kempen "1 Rumah 1 Jalur Gemilang" semai semangat patriotik
Nasional

Kempen "1 Rumah 1 Jalur Gemilang" semai semangat patriotik

Kempen "1 Rumah 1 Jalur Gemilang" semai semangat patriotik

Kempen "1 Rumah 1 Jalur Gemilang" semai semangat patriotik

CHUPING, 28 Julai– Sebanyak 180 buah rumah di Kampung Bukit Jernih iaitu salah satu lokasi ekopelancongan dihiasi Jalur Gemilang bagi menjayakan Kempen 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang.

Pelaksanaannya melibatkan lebih 300 penduduk kampung berkenaan bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bukit Jernih, Ismail Ahmad, usaha mengibarkan Jalur Gemilang diyakini mampu meningkatkan semangat patriotik serta memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti.

Aktiviti memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang dilaksanakan secara bergotong-royong bersama penduduk yang sekali gus memberi peluang kepada ahli komuniti berinteraksi secara aktif dan kreatif.

\”Walaupun kempen menyasarkan 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, namun penduduk mengambil inisiatif memasang dan mengibar bukan sahaja di rumah, malah kawasan rumah serta laluan ke rumah.

\”Usaha ini juga mampu mengukuhkan persefahaman, kebersamaan dan mewujudkan masyarakat peduli sesama penduduk serta mendidik generasi muda hari ini menghayati kemerdekaan\”, katanya.

Beliau memaklumkannya pada Program Memasang dan Mengibar Jalur Gemilang di sekitar Kampung Bukit Jernih, Chuping bagi fasa 1 yang akan diteruskan sepanjang minggu ini dengan lebih banyak Jalur Gemilang bakal menghiasi sekitar kawasan ekopelancongan Bukit Jernih.

Semangat cintakan negara perlu sentiasa tersemat dalam diri setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum sekali gus meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....