Home Nasional Hampir 2,000 penumpang feri terkandas akibat cuaca buruk
Nasional

Hampir 2,000 penumpang feri terkandas akibat cuaca buruk

Hampir 2,000 penumpang feri terkandas akibat cuaca buruk

Penumpang feri yang terkandas berikutan cuaca buruk

LANGKAWI, 28 Julai- Seramai 1,926 penumpang feri terkandas selepas feri dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Kedah ke Langkawi terpaksa dibatalkan hari ini akibat cuaca buruk di laut.

Daripada jumlah itu, 1,030 penumpang terkandas di Pulau Langkawi dan 896 penumpang terkandas di Kuala Kedah.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, trip yang dibatalkan adalah trip pukul 12.30 tengah hari; trip 2.30 petang; trip 4.30 petang; dan trip 7.00 malam.

Manakala trip dari Kuala Kedah pada pukul 1.30 tengah hari; 3.30 petang; 5.30 petang; dan 7.30 malam ini turut dibatalkan.

Beliau berkata ketinggian ombak mencapai sehingga lebih empat meter dan kelajuan angin lebih kurang 16-18 knots.

Keadaan itu boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot-bot kecil.

\”Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd telah menyediakan trip tambahan untuk pilihan kepada penumpang-penumpang yang ingin menaiki trip tambahan laluan ke Pulau Langkawi-Kuala Perlis pada pukul 6.00 petang dan 8.00 malam ini,\” katanya.

Pada masa sama, penumpang yang ingin menukar tarikh dan masa kepada hari berikutnya boleh mengikut proses yang ditetapkan.

Bagaimanapun Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Semalam, 1,698 penumpang terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanan akibat situasi cuaca buruk.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...