Home Nasional Pengunjung diingatkan pilih kereta sewa dengan permit sah
Nasional

Pengunjung diingatkan pilih kereta sewa dengan permit sah

Pengunjung diingatkan pilih kereta sewa dengan permit sah

Aedy Fadly Ramli

ALOR SETAR, 28 Julai- Semua pengunjung yang mahu menggunakan perkhidmatan kereta sewa di Pulau Langkawi diingatkan supaya memilih kenderaan sewa yang mempunyai permit sah.

Perkara itu bagi mengelakkan sebarang risiko terutama sekiranya berlaku kejadian tidak diingini termasuk kemalangan dan sebagainya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata, orang ramai perlu membuat semakan terperinci bagi mengelakkan sebarang masalah.

Pihaknya juga menerima banyak aduan daripada pemain industri di pulau berkenaan berkaitan banyak kenderaan sewa tanpa permit dan tidak dilindungi insuran.

Penyewa menggunakan kenderaan sewa tanpa permit tidak dilindungi insuran kerana ia adalah kenderaan hak milik persendirian.

\”Jadi insuran bagi kenderaan persendirian adalah untuk orang persendirian, pemilik kenderaan dan juga pemandu.

\”…tetapi apabila pemilik kenderaan membenarkan secara tidak sah, sekiranya berlaku risiko kepada penyewa ianya tidak dilindungi insurans. Ini akan memberikan risiko yang sangat besar kepada pengguna,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan rasmi pertama selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ yang baharu ke pejabat JPJ Negeri Kedah di Jalan Suka Menanti, di sini.

Bagaimanapun pihaknya melakukan operasi berkala berkaitan kenderaan sewa tanpa permit sah di pulau itu berdasarkan aduan daripada pemain industri berkenaan.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....