Home Nasional KPDN rangka gerakan massa memerangi penyelewengan barang subsidi
Nasional

KPDN rangka gerakan massa memerangi penyelewengan barang subsidi

KPDN rangka gerakan massa memerangi penyelewengan barang subsidi

Datuk Armizan Mohd Ali

KINABATANGAN, 28 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka satu gerakan massa melibatkan orang ramai dalam memerangi penyelewengan barang kawalan bersubsidi khususnya diesel dan RON95 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, gerakan lima komponen itu bagi membantu penguatkuasaan dalam memerangi ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penyaluran maklumat.

\”Gerakan ini akan melibatkan rakyat dan orang ramai, dalam khususnya dalam membuat pelaporan dan pemantauan, yang kedua fokus gerakan ini.

\”Kita tumpukan kepada ketirisan subsidi bahan api diesel dan juga RON95, yang ketiga akan dimulakan di Sabah dan Sarawak,\” katanya kepada pemberita selepas merasmikamn Stesen Minyak Petronas Bukit Garam di sini.

Sementara itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan kaedah sedia ada penyaluran subsidi pukal diesel di peringkat runcit di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi tahun ini melibatkansubsidi mencecah RM3.6 bilion.

Antara faktor utama pengecualian itu ialah kebergantungan tinggi para pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak kepada penggunaan kenderaan bahan api diesel disebabkan faktor geografi dan taraf jalan perhubungan darat dan air.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...