Sunday , 22 September 2024
Home Nasional Muhammad Hardee Pemangku Presiden/CEO SME Bank berkuat kuasa 3 September
Nasional

Muhammad Hardee Pemangku Presiden/CEO SME Bank berkuat kuasa 3 September

Muhammad Hardee Pemangku Presiden/CEO SME Bank berkuat kuasa 3 September

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank Datuk Aria Putera Ismail akan meninggalkan organisasi itu selepas tamat tempoh perkhidmatannya untuk mengejar peluang baharu.

Kekosongan jawatan beliau akan digantikan Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim sebagai Pemangku Presiden/CEO Kumpulan bermula 3 September depan.

SME Bank dalam kenyataan berkata, sepanjang enam tahun kepimpinannya, Aria Putera membuka laluan kepada bank bekenaan untuk memenuhi mandat dalam menyokong dan membangunkan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Ia bermula dengan mentakrifkan semula visi, misi dan memperkenalkan nilai teras S.M.I.L.E.

Aria Putera turut memperkenalkan Pelan Percepatan Dua Tahun, satu pelan strategik untuk merombak perniagaan bank yang mengandungi 27 inisiatif yang memfokuskan kepada matlamat pembangunan lestari, kualiti aset, ekosistem PKS yang komprehensif, pendigitalan dan pembangunan bakat serta mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM213.9 juta pada 2019.

\”Sehubungan itu, SME Bank telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam kualiti aset dan pertumbuhan pembiayaan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

\”Jumlah pembiayaan kasar bank mencatatkan pertumbuhan 37.6 peratus daripada RM6.47 bilion pada 2018 kepada RM8.9 bilion pada akhir 2023 manakala Kadar Kemerosotan Kasar berkurangan kepada 12.5 peratus daripada 22.9 peratus,\” katanya.

Ketika kemuncak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, Aria Putera melancarkan pelbagai program bantuan pada Oktober 2020 hingga September 2022 untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro dalam pelbagai industri.

Ia memberi manfaat kepada lebih 5,000 syarikat dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM9.12 bilion.

Sementara itu, Mohammad Hardee mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan kepakaran dalam perbankan perniagaan dan pengurusan strategik.

Beliau telah berkhidmat dengan SME Bank dalam pelbagai portfolio termasuk perbendaharaan, kewangan korporat, perbankan perniagaan dan yang terkini strategi korporat.

Related Articles

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh
Nasional

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh

FOTO DBKUKUCHING, 22 September- Dewan Bandaraya Kuching Utara, DBKU sedang mempertimbang cadangan...

Situasi banjir di Perak tidak berubah
Nasional

Situasi banjir di Perak tidak berubah

FOTO APM KERIANKERIAN, 22 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal...

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang
Nasional

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang

Foto RTMALOR SETAR, 22 September – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah...

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia
Nasional

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia

Foto RTMPUTRAJAYA, 21 September – Festival Budaya Putrajaya 2024 yang berlangsung dengan...