Home Nasional KEMAS, PTPTN memeterai MoU, langkah budayakan penabungan awal
Nasional

KEMAS, PTPTN memeterai MoU, langkah budayakan penabungan awal

KEMAS, PTPTN memeterai MoU, langkah budayakan penabungan awal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), memeterai memorandum persefahaman (MoU) sebagai langkah untuk membudayakan penabungan awal melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dalam kalangan warga dan kumpulan sasaran KEMAS.

KEMAS dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama strategik itu, bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar menerusi pelbagai program bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR).

MoU tersebut ditandatangani Ketua Pengarah KEMAS Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi dan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid, dalam majlis yang berlangsung di ibu negara.

\”PTPTN turut menyerahkan sumbangan zakat akaun simpanan SSPN PRIME PTPTN RM190,000 kepada KEMAS, yang memberi manfaat kepada 1,900 penerima asnaf kanak-kanak Tabika (taman bimbingan kanak-kanak) dan Taska (taman asuhan kanak-kanak) KEMAS, iaitu RM100 bagi setiap kanak-kanak.

\”Kerjasama ini adalah usaha memastikan komitmen dan tanggungjawab KEMAS dalam mencapai misi memperkasa masyarakat luar bandar ke arah pembangunan holistik,\” katanya.

Sumbangan berkenaan merupakan usaha mewujudkan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penabungan simpanan untuk pendidikan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...