Home Nasional KEMAS sasar lebih 6,000 peserta wanita terima manfaat menerusi Program WINS
Nasional

KEMAS sasar lebih 6,000 peserta wanita terima manfaat menerusi Program WINS

KEMAS sasar lebih 6,000 peserta wanita terima manfaat menerusi Program WINS

Datuk Seri Zurainah Musa

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyasarkan lebih 6,000 peserta wanita akan menerima manfaat menerusi 14 siri program Wanita Inspirasiku (WINS) tahun ini.

Ia termasuk peluang mewujudkan rangkaian kerjasama, bimbingan kemahiran, kit peralatan secara percuma serta akses produk usahawan luar bandar ke peringkat global.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Seri Zurainah Musa, mahu KEMAS mendekati lebih ramai golongan wanita terutama di kawasan pedalam untuk diberikan bimbingan serta motivasi berkaitan keusahawanan.

\”Wanita ini ramai yang ingin memulakan perniagaan tetapi mereka ini tidak tahu cara untuk memulakannya. dengan bimbingan dan tunjuk ajar ia dilihat akan membantu golongan itu.

\”Ia meliputi kelas motivasi, pemasaran dan penggunaan media sosial yang akan membantu usahawan wanita ini serta dapat membantu ekonomi keluarga sekali gus ekonomi negara ,\” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penutup Program Wacana Ilmu Wanita InspirasikuPeringkat KEMAS Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Bertemakan \’Wanita Desa ke Global\’, program selama dua hari itu dijangka menjadi platfrom usahawan bimbingan KEMAS khususnya golongan wanita berkongsi pengalaman dan mempromosi produk jualan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...