Home Nasional Pelajar tingkatan empat kritikal akibat hisap 'vape'
Nasional

Pelajar tingkatan empat kritikal akibat hisap 'vape'

Pelajar tingkatan empat kritikal akibat hisap 'vape'

Foto Hiasan

KEMAMAN, 29 Julai– Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kemaman, Terengganu, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di perkarangan sekolahnya, dipercayai setelah menghisap rokok elektronik atau vape secara berlebihan.

Kejadian berkenaan berlaku Isnin lepas menyebabkan pelajaritu terpaksa diberikan rawatan selepas mengalami kesan teruk akibat pengambilan bahan itu.

Menurut sumber, murid yang melihat kejadian itu pada jam 10.30 pagi telah memaklumkan kepada guru sebelum mangsa dibawa ke klinik kesihatan terdekat oleh keluarganya.

Mangsa kemudiannya telah dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah mengalami sawan kritikal berpunca dari pengambilan perisa bahan kimia yang berbahaya itu secara berlebihan.

Menurut sumber itu lagi, kegiatan menghisap vape dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan dikesan aktif sejak tiga tahun lalu dan kini berada di tahap yang membimbangkan.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat keluarga mangsa pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh keluarga mangsa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....