Home Nasional DAP terbuka beri bantuan kepada calon BN dalam PRK Nenggiri
Nasional

DAP terbuka beri bantuan kepada calon BN dalam PRK Nenggiri

DAP terbuka beri bantuan kepada calon BN dalam PRK Nenggiri

Anthony Loke Siew Fook

KLANG, 29 Julai- Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook terbuka untuk memberi bantuan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata pihaknya sudi memberi bantuan kepada BN sekiranya diperlukan tanpa mengira latar belakang parti.

\”Kita memang ada semangat dalam Kerajaan Perpaduan, sekiranya kita diminta untuk bantu, kita akan bantu,\” katanya kepada pemberita di sini.

Anthony berkata demikian ketika mengulas berkenaan sokongan DAP kepada calon BN yang akan bertanding pada PRK Nenggiri.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Hari Penamaan Calon pada 3 Ogos dan proses pengundian awal PRK tersebut pada 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Terdahulu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa 19 Jun lepas.

Kekosongan itu berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim kehilangan keahlian dalam parti Bersatu seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...