KUALA LUMPUR, 29 Julai- Sebanyak 896 kes aduan pencemaran sungai diterima oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari tahun 2020 hingga tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata aduan tersebut telah diambil tindakan untuk tujuan siasatan.
\”Bagi tujuan sama, 772 kes pencemaran air telah didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda terkumpul sebanyak RM13.3 juta..kemudian melalui JAS akan terus menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 demi menjamin kualiti air sungai di Malaysia agar terpelihara,\” katanya di Dewan Negara di sini ketika menjawab soalan Senator, Md Nasir Hashim.
Tambahnya, kerjasama beberapa pihak berkepentingan juga diperlukan agar tahap kualititi airberada pada tahap baik
Ini termasuk peranan serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan kebersamaan semua jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.