Home Nasional Kementerian Digital cadang tubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia
Nasional

Kementerian Digital cadang tubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia

Kementerian Digital cadang tubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia

Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Kementerian Digital bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia bagi membangunkan kerangka dan polisi yang mencukupi.

Menteri DIgital Gobind Singh Deo berkata, penubuhan itu bagi melindungi data orang ramai serta menggalakkan penggunaan pusat data di Malaysia.

Untuk tujuan itu, pihaknya merancang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac atau pertengahan tahun depan.

\”Kita lihat pelaburan daripada Google,daripada Microsoft, Bytedance dan sebagainya. Jumlah pelaburan cukup besar.

\”…untuk kita melindungi data dan juga menggariskan polisi-polisi yang akan membolehkan atau menggalakkan penggunaan data. Pada masa sama memastikan keselamatan sentiasa diberi keutamaan,\” katanya selepas majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan Cybersecurity Malaysia di ibu negara.

Kerjasama itu melibatkan pembangunan panduan keselamatan 5G, yang akan digunakan sebagai keperluan asas untuk industri, dan berfungsisebagai prinsip panduan untuk asas keselamatan 5G masa depan.

Dalam pada itu kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan harga 5G bawah rangkaian kedua kekal pada kadar sedia ada.

Gobind berkata, harga yang ditawarkan merupakan antara aspek yang diambil kira semasa proses penilaian pelaksanaan rangkaian itu.

\”…dan saya rasa MCMC memang prihatin dengan persoalan ini. Saya rasa langkah-langkah telah diambil untuk memastikan bahawa rangkaian diwujudkan yang kedua ini harga akan ditetapkan pada harga sedia ada. Itu adalah satu perkara dalam perhatian MCMC,\” katanya.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...