Home Nasional Anwar luang masa, lawat mangsa kebakaran Kampung Manjoi
Nasional

Anwar luang masa, lawat mangsa kebakaran Kampung Manjoi

Anwar luang masa, lawat mangsa kebakaran Kampung Manjoi

10 unit rumah di Kampung Manjoi, Ipoh terbakar akibat litar pintas

IPOH, 29 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertemu dengan mangsa kebakaran 10 unit rumah di Kampung Manjoi, di sini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut meninjau lokasi kebakaran tersebut dan mendengar taklimat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Mangsa terlibat Muhamad Amirul Abu Muh Jin berkata, kejadian berkenaan berlaku sekelip mata.

\”Kejadian berlaku memang cepat dalam lima hingga tujuh minit. Semasa bomba sampai ke sini, api sudah marak hingga ke tengah dan ia dapat dikawal daripada terus merebak sampai ke sebelah sana.

\”Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberikan sumbangan kepada kami, ia akan membantu kami dan meringankan beban,\” katanya.

Sementara itu Mormalatul Haniza Mohd Nor berkata, dalam kejadian berkenaan barangan dapur termasuk perabot di dalam rumahnya turut musnah.

\”…barang dapur, tilam, almari semuanya musnah, namun terima kasih kepada Perdana Menteri sebab sudi melawat kami di sini.

\”Kami juga tidak menyangka semua ini akan terjadi begini,\” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.00 petang semalam, sebanyak 10 buah rumah musnah melibatkan 15 penduduk daripada enam keluarga, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Hasil laporan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Setiap keluarga terlibat menerima RM5,000 dan ia disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim pada Ahad.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...