Friday , 20 September 2024
Home Nasional Lebih 667 pengguna NEM Rakyat dapat rebat Skim SolaRIS
Nasional

Lebih 667 pengguna NEM Rakyat dapat rebat Skim SolaRIS

Lebih 667 pengguna NEM Rakyat dapat rebat Skim SolaRIS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Julai- Lebih daripada 667 pengguna Permeteran Tenaga Bersih Rakyat (NEM Rakyat) berjaya menyiapkan pemasangan sistem solar dan turut menerima rebat program Skim Insentif Solar Rakyat (SolaRIS) sejak diperkenalkan pada 1 April, 2024.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata majoriti daripada mereka menerima RM4,000 setiap pengguna melalui rebat SolaRIS.

Pelaksanaan SolaRIS secara konsepnya berupaya menurunkan kos pemasangan sistem solar bagi pengguna domestik kerana mewujudkan ekonomi skala yang membolehkan kos pemasangan sistem solar untuk rakyat pada kadar lebih rendah serta mampu bayar.

“Langkah ini sekali gus meningkatkan permintaan pemasangan solar dalam kalangan pengguna domestik dan menyumbang kepada sasaran peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) selaras dengan Pelan Tindakan Peralihan Tenaga Negara (NETR),” katanya.

Kenyataan PETRA dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini bagi menjawab pertanyaan Mohd Hasbie Muda mengenai perkembangan terkini program SolaRIS dan jika pelaksanaannya dapat membantu kerajaan mencapai sasaran penjanaan TBB.

Analisis menunjukkan purata bilangan permohonan NEM Rakyat telah meningkat daripada kira-kira 100 permohonan kepada 150 permohonan sehari selepas skim SolaRIS dilancarkan, kata kementerian itu.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...