Home Nasional Dana dari syarikat minuman keras, hentikan polemik dan tumpu isu yang lebih penting – Fadhlina
Nasional

Dana dari syarikat minuman keras, hentikan polemik dan tumpu isu yang lebih penting – Fadhlina

Dana dari syarikat minuman keras, hentikan polemik dan tumpu isu yang lebih penting – Fadhlina

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

SEREMBAN, 30 Julai – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta semua pihak menghentikan polemik berkaitan dana dari syarikat minuman keras kepada sekolah dan menumpukan perhatian kepada isu yang lebih penting.

Jelasnya, penegasan telah dibuat oleh Jemaah Menteri dan kementerian berhubung perkara tersebut.

\”Saya fikir kita kembali kepada penegasan yang telah dibuat dan keputusan itu juga adalah yang terbaik untuk semua. Jadi saya ingat kita sudah boleh hentikan polemik dan beri tumpuan kepada isu yang lebih besar,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemasyhuran Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz, di sini.

Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini telah bersetuju mengekalkan garis panduan sedia ada yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....