Home Nasional Perkukuh industri maritim untuk perdagangan global – PM
Nasional

Perkukuh industri maritim untuk perdagangan global – PM

Perkukuh industri maritim untuk perdagangan global – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis pembukaan Minggu Maritim Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini/Foto PMO

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat memperkukuh industri maritim di negara ini dengan mengekalkan perairan negara sebagai kawasan perdagangan global.

Perdana Menteri berkata pelabuhan negara mampu berada di kedudukan 20 terbaik, malah mencapai tangga 10 teratas dengan sokongan industri maritim.

“Kami berbangga untuk memaklumkan bahawa Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang adalah antara pelabuhan yang akan menjadi lebih berkesan dan berdaya saing.

\”Ketika ini, 80 hingga 90 peratus eksport Malaysia dilaksanakan melalui pengangkutan laut atau industri maritim. Ini bermakna dari segi kos, ia lebih berdaya saing dan disifatkan cekap.

\”Justeru, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan perlu menyelaraskan usaha mereka dan memberikan apa yang sepatutnya untuk menyokong supaya industri maritim menjadi lebih kukuh.

\”Urusan berkaitan maritim menjadi semakin ampuh kerana urus niaga perkapalan adalah asas bagi menyokong kesalinghubungan yang merupakan bahagian penting perdagangan dunia,\” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada perasmian majlis pembukaan Minggu Maritim Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Beliau percaya industri ini mempunyai potensi yang besar dan boleh diperkembang dalam melonjakkan aktiviti maritim negara sekali gus meletakkan sektor maritim pada tahap yang lebih tinggi sehingga peringkat antarabangsa.

Susulan itu, Anwar menegaskan perairan Malaysia harus mengalu-alukan semua industri maritim dan negara yang mahu berdagang dengan Malaysia.

\”Menerusi ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Malaysia akan terus menjalin hubungan baik dengan negara jiran dan rakan dagang utama seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China,\” katanya.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...