Home Nasional Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang
Nasional

Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang

Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

GUA MUSANG, 30 Julai – Kerajaan akan membina institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Gua Musang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bertujuan memberi latihan dan menawarkan peluang pekerjaan khususnya di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di daerah itu.

\”Umpamanya di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terdapat 252 institusi TVET terutamanya di bawah MARA. Daripada 100 orang yang sertai TVET, sebanyak 98.7 peratus mendapat peluang pekerjaan terus dan segera,\” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran Pelan Pembangunan, Pusat Pertumbuhan Desa, Sungai Asap, KESEDAR, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkanKESEDAR yang berada di bawah kementeriannya akan membayar gratuiti lebih RM2 juta kepada 241 bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan, di sini.

Beliau berkata, setiap peserta akan menerima jumlah terkumpul bagi tahun 2022 iaitu sebanyak RM8,400 dan pembayaran akan dilaksanakan melalui agensi KESEDARsebelum 3 Ogos.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...