Home Nasional JPJ Perak kutip hampir RM130,000 hasil lelongan kenderaan sita
Nasional

JPJ Perak kutip hampir RM130,000 hasil lelongan kenderaan sita

JPJ Perak kutip hampir RM130,000 hasil lelongan kenderaan sita

Pembida hadir lelongan awam membabitkan 50 buah kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

IPOH, 31 Julai- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip lebih RM129,000 hasil lelongan awam membabitkan 50 buah kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, tahun ini.

Timbalan Pengarah JPJ Perak Ab Aziz Awang Teh berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak hanya 26 buah kenderaan boleh dilesenkan manakala lapan lagi adalah kenderaan klon.

\”Kenderaan yang sudah hampir tamat tempoh di Singapura biasanya akan dibawa ke Malaysia dan diklonkan satu identiti yang lebih kurang sama dengan kenderaan yang ada di sini.

\”…itu yang kita panggil kenderaan klon,\” katanya kepada pemberita dalam majlis Lelongan Awam JPJ Negeri Perak di sini.

Seramai 98 pembida hadir pada sesi tersebut melibatkan jumlah keseluruhan harga rizab sebanyak RM61,400.

Harga rizab paling tinggi ialah RM22,400.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...