Friday , 20 September 2024
Home Nasional Pendidikan buli siber, mampu selamatkan nyawa
Nasional

Pendidikan buli siber, mampu selamatkan nyawa

Pendidikan buli siber, mampu selamatkan nyawa

Asisten Komisioner (ACP) Julina Sallehudin

PUTRAJAYA, 31 Julai- Pendidikan mengenai buli siber dilihat sebagai inisiatif dalam menangani gejala berkenaan menular dalam komuniti selain menjadi platform untuk mengendali situasi berkenaan.

Ketua Komunikasi KorporatPolis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner (ACP) Julina Sallehudin berkata, inisitaif itu mampu menyelamatkan mangsa selain daripada sokongan ibu bapa, guru dan komuniti bagi pencegahan awal kes buli siber.

Pada masa sama PDRM juga menyeru masyarakat untuk membantu dalam mengenal pasti dan mencegah isu berkenaan.

\”Pendidikan mengenai etika digital juga perlu diterapkan daripada usia yang muda. Mangsa boleh mendapatkan sokongan emosi daripada keluarga dan rakan-rakan supaya tidak keseorangan.

\”…sekiranya ada rakan atau orang yang sedia membantu menyediakan akses kepada kaunselor dan juga perkhidmatan sokongan psikologi, ia merupakan langkah penting,\” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia istimewa Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan di sini.

Beliau turut menasihatkan mangsa buli untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa supaya boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku serta mengenakan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, integrasi dalam kurikulum pendidikan sejarah secara interaktif melalui projek berteraskan penyelidikan perlu menjadi aspek utama bagi mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

\”Antara pendekatan yang boleh kita lakukan ialah integrasi dalam kurikulum pendidikan seperti pengajaran sejarah secara interaktif melalui projek berteraskan penyelidikan.

\”…aktiviti seperti ini membolehkan pelajar mendalami aspek pengorbanan perwira dan perajurit untuk mempertahankan kedaulatan negara seterusnya menyumbang kepada keamanan yang kita perolehi pada hari ini,\” katanya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...