Home Nasional Kes bunuh diri, KKM tingkat rawatan dan bantuan kaunseling
Nasional

Kes bunuh diri, KKM tingkat rawatan dan bantuan kaunseling

Kes bunuh diri, KKM tingkat rawatan dan bantuan kaunseling

Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Isu kesihatan mental akan diangkat sebagai agenda penting bagi menterjemah keprihatinan kerajaankhususnya dalam menangani peningkatan kes cubaan bunuh diri yang semakin kritikal dalam kalangan remaja.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pelbagai langkah diambil untuk membantu individu yang mengalami permasalahantersebut.

Antaranya,menyediakan Perkhidmatan Rawatan Kesihatan Mental di lebih 1,000 fasiliti Kesihatan Primer, memperluas perkhidmatan kaunseling dengan menempatkan 200 Kaunselor Secara Kontrak (CFS) di 167 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan membangunkan modul MyMinda dalam aplikasi MySejahtera.

Ini termasuk meningkatkan akses perkhidmatan rawatan dan bantuan kaunseling dalam talian.

\”Salah satu kaedah yang kami perkenalkan adalah memperkenalkan perkhidmatan talianbantuan krisis kesihatan mental ataupun talian HEAL 15555, mudah untuk kita ingati…di mana kita menyediakan perkhidmatan kaunseling.

\”Kita juga mendapati sejak tahun 2022 terdapat hampir 317 cubaan bunuh diri dalam kalangan remaja, juga dewasa dapat kita selesaikan..syukur alhamdulillah, tiada tingkah lakuyang menjurus kepada bunuh diri berlaku melalui panggilan talian HEAL tersebut,\” katanya di Dewan Negara di sini ketika menjawab soalan Senator, Datuk Nelson W Angang.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...