Friday , 20 September 2024
Home Nasional DELIMa sokong penguasaan ilmu, perkhidmatan
Nasional

DELIMa sokong penguasaan ilmu, perkhidmatan

DELIMa sokong penguasaan ilmu, perkhidmatan

Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Platform inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) terus diterima baik.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, 26 peratus mewakili lebih 1.3 juta murid dan 89 peratus guru aktif menggunakan platform tersebut, setakat 10 Julai lepas.

Sekali gus menyokong penguasaan ilmu serta perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran digital.

Manakala setakat Mei 2024, 36,095 murid daripada 4,974 sekolah berjaya mengumpul lencana \’Digital Me\’ yang menunjukkan tahap penguasaan dan pencapaian dalam pelbagai pengetahuan serta kemahiran.

\”Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dengan Google menerusi program \’Gemini AI Academy\’ bagi membangunkan rancangan pelajaran yang kreatif. Pada masa sama, kerjasama dengan Pixlr menerusi program \’Pixlr: Making Design Smarter, Faster, Easier with The Help of AI\’ pula meningkatkan kemahiran untuk menyunting grafik.

\”Inisiatif \’Intel AI for Youth\’ pula membantu murid memahami dan menggunakan teknologi AI dalam pembelajaran mereka melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Pihak KPM juga telah bekerjasama dengan Microsoft dengan program \’Microsoft Education AI Tool Kit\’ yang menjadikan pendidikan dan pengajaran lebih menyeronokkan,\” katanya di Dewan Negara di sini ketika menjawab soalan dikemukakan Senator, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Tambahnya juga, KPM sedang giat melaksanakan aktiviti bengkel dalam talian dan pertandingan berkaitan penggunaan teknologi digital dan maklumat serta bahan berkaitan aktiviti boleh diakses melalui pelantar DELIMa.

Dalam pada itu, beliau berkata KPM akan memperkenalkan pembelajaran asas Kecerdasan Buatan (AI) sebagai kokurikulum baharu di peringkat sekolah rendah.

Manakala aplikasi AI seterusnya akan diteruskan di peringkat sekolah menengah.

\”Kita ada berkolaborasi dengan rakan-rakan strategik.. tiga syarikat besar iaitu Intel, Microsoft, Google. Ketiga-tiga ini mempunyai platform masing-masing atas pelantar DELIMa dan telahpun diberikan pendedahan ataupun kemudahan teknologi AI kepada guru-guru dan murid-murid,\” katanya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...