Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Anwar hubungi Ahli Biro Politik Hamas, sifatkan Haniyeh tonggak perjuangan
Nasional

Anwar hubungi Ahli Biro Politik Hamas, sifatkan Haniyeh tonggak perjuangan

Anwar hubungi Ahli Biro Politik Hamas, sifatkan Haniyeh tonggak perjuangan

Anwar Ibrahim ketika sesi panggilan telefon bersama Ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim susulan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Iran pagi tadi/FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh di Iran, sebagai tonggak perjuangan pembebasan rakyat Palestin yang ditindas Israel.

Jelas Anwar, terdapat unsur sabotaj dalam pembunuhan Haniyeh hari ini bertujuan mahu menggagalkan penjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin.

\”Ismail (Haniyeh) adalah tonggak perjuangan ini, dan salah satu hal yang diperjuangkan adalah perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin.

\”Jelas ada unsur sabotaj. Mereka (Israel) tidak mahu perjanjian damai ini berjaya,\” kata Anwar ketika menghubungi Dr Basem Naim, Ahli Biro Politik Hamas, menerusi panggilan telefon, hari ini.

Dr Basem berkata, Haniyeh telah melakukan yang terbaik untuk menamatkan keganasan sehinggalah beliau turut menjadi korban pihak zionis.

\”Saya percaya ini adalah kehilangan besar bukan hanya kepada rakyat Palestin, tetapi buat seluruh umat manusia yang bermaruah dan merdeka di seluruh dunia,\” jelasDr Basem dalam sesi panggilan telefon itu.

Menerusi panggilan itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh mendukung perjuangan Palestin sebagai sebuah negara merdeka dan ia disambut baik olehDr Basem yang menghargai kelantangan dalam perkara tersebut.

\”Saya akan sampaikan mesej ini kepada keluarga dan kepada gerakan kita. Benar, kami sangat percaya bahawa saudara saudari kami di Malaysia, khususnya kamu saudara Anwar, yang sangat lantang dan komited menyokong perjuangan kami,\” ujarDr Basem.

Dalam masa sama, Anwar berharap keluarga dan rakan sepejuangan Hamas tabah dengan pemergian Haniyeh.

\”Sekali lagi, kepada seluruh ahli keluarga dan rakan seperjuangan, mohon tabah dan kuat. Semoga Allah melindungi kita,\” jelas Anwar.

BERIKUT TRANSKRIP PERBUALAN TELEFON PM BERSAMA AHLI BIRO POLITIK HAMAS, DR BASEM NAIM TERKAIT PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH:

PM Anwar:
Innaillahi wainnailaihi rojiu\’n. Dr Basem. Ini saudara Anwar. Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara ini, tetapi kami berada dalam mesyuarat Kabinet (ketika terima berita kematian Almarhum Ismail Haniyeh) dan seluruh ahli Kabinet terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang bertindak menyerang di kediaman, menyiksa mereka, dan menganggap perang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara sedemikian. Saya sedar bahawa kamu dan saudara Ismail Haniyeh adalah mujahid dan sahabat yang akrab.

Dr Basem:
Jazakallah khairan. Jazakallah khairan saudara Anwar dan barakallahufikum kerana menghubungi kami. Ya, kami masih terkejut dengan kehilangan saudara Haniyeh. Ini adalah kehilangan yang sangat besar tidak hanya kepada rakyat Palestin, tetapi untuk seluruh umat manusia yang merdeka. Saya kenal beliau sejak kecil, beliau seorang pejuang sejati yang telah mengorbankan seluruh hidupnya demi Allah, demi Islam.

Saya rasa perkara yang paling penting adalah untuk meneruskan perjuangan saudara Ismail sehingga rakyat Palestin mencapai kebebasan dan tertegaknya maruah, dan dengan itu mengakhiri sikap barbarik ini, bukan hanya terhadap rakyat Palesti, tetapi mereka telah melampaui batas, sama ada di Syria, Iraq, Iran dan di mana-mana sahaja. Ini adalah mesej kepada semua umat Islam dan warga Arab, bahawa sesiapa sahaja yang memperjuangkan kebebasan adalah sasaran mereka. Justeru, kita mesti bersatu di ini.

PM Anwar:
Dr Basem, sila sampaikan kepada keluarga dan semua saudara kita. Bahawa kami tetap teguh mendukung perjuangan untuk sebuah Palestin yang merdeka. Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk mengutuk kekejaman ini.

Dr Basem:
Saya akan sampaikan mesej ini kepada keluarga dan kepada gerakan kita. Benar, kami sangat percaya bahawa saudara saudari kami di Malaysia, khususnya kamu saudara Anwar, yang sangat lantang dan komited menyokong perjuangan kami.

PM Anwar:
Terima kasih saudara. Saya tahu anda sibuk sekarang, tetapi saya perlu sampaikan, bukan hanya bagi pihak keluarga tetapi juga semua saudara di sini bahawa kami masih terkejut dan sangat marah kerana masyarakat antarabangsa telah gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak.

Dr Basem:
Saudara tahu, bahawa beliau (Almarhum Ismail) telah melakukan yang terbaik untuk menamatkan keganasan ini, dan untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata supaya penderitaan ini berakhir. Tetapi mereka sentiasa mencari alasan baharu untuk menangguh atau menggagalkan semua usaha ini.

PM Anwar:
Saya setuju. Saya pernah bercakap dengan saudara Ismail melalui telefon dan bertemu dengannya di Doha, kami berhubung dengan beberapa rakan kami. Beberapa hari yang lalu, maklumat terkini dari saudara-saudara kita di Turki, dan jelas bahawa saudara Almarhum Ismail adalah tonggak perjuangan ini, dan salah satu hal yang diperjuangkan adalah perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin. Jelas ada unsur sabotaj. Mereka tidak mahu perjanjian damai ini berjaya.

Dr Basem:
Saya percaya ini adalah kehilangan besar bukan hanya kepada rakyat Palestin, tetapi buat seluruh umat manusia yang bermaruah dan merdeka di seluruh dunia.

PM Anwar:
Sekali lagi, kepada seluruh ahli keluarga dan rakan seperjuangan, mohon tabah dan kuat. Semoga Allah melindungi kita. \”Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir. Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan ini kepada orang-orang yang beriman.\”

BERITA BERKAITAN

  • Anwar kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
  • Jemaah Menteri kecam pembunuhan Haniyeh
  • PMO kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu pemimpin Hamas
  • Peluru berpandu bunuh Ketua Hamas – Media Iran
  • \’Israel akan menyesali pembunuhan pengecut mereka\’ – Presiden Iran
  • Pembunuhan Haniyeh adalah tindakan pengecut- Mahmud Abbas
  • Turkiye kutuk pembunuhan pemimpin Hamas
  • China kutuk pembunuhan Ketua Hamas di Iran

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...