Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Bilangan PMKS menyusut pada 2023, beralih ke tahap lebih tinggi
Nasional

Bilangan PMKS menyusut pada 2023, beralih ke tahap lebih tinggi

Bilangan PMKS menyusut pada 2023, beralih ke tahap lebih tinggi

Prestasi kukuh itu menunjukkan daya tahan dan peranan penting PMKS sebagai pemacu utama pertumbuhan dan kestabilan negara.

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Bilangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan susut kepada 1.1 juta tahun lalu, berbanding 1.17 juta pada 2022.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, pengurangan itu merupakan perkembangan positif dan menunjukkan peralihan PMKS Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Jelasnya, bilangan perusahaan bersaiz mikro berkurangan 16.9 peratus, daripada 923,667 pada 2022 kepada 767,421 tahun lalu.

\”Data pertumbuhan PMKS menunjukkan perkembangan positif, bilangan perusahaan bersaiz kecil meningkat sebanyak 35.8 peratus dan bilangan perusahaan bersaiz sederhana meningkat sebanyak 7.9 peratus,\” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengumuman Prestasi PMKS 2023 dan Sesi Ramah Mesra Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Bersama Media.

PMKS kekal penyumbang utama ekonomi negara dengan pertumbuhan 5 peratus berjumlah RM613.1 bilion tahun lalu, lebih tinggi berbanding RM584.1 bilion, tahun sebelumnya.

Prestasi kukuh itu menunjukkan daya tahan dan peranan penting PMKS sebagai pemacu utama pertumbuhan dan kestabilan negara.

\”KUSKOP akan meneruskan komitmen dalam membangunkan PMKS melalui pelaksanaan intervensi bersasar terutamanya bagi meningkatkan penyertaan PMKS dalam rantaian bekalan domestik dan rantaian nilai global,\” katanya.

Selain itu, meningkatkan kapasiti dan keupayaan PMKS ke arah pengantarabangsaan serta menyediakan peluang pembiayaan inklusif.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...