Home Nasional Masjid seliaan JAKIM adakan solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini
Nasional

Masjid seliaan JAKIM adakan solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini

Masjid seliaan JAKIM adakan solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini

Masjid seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adakan solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini, malam ini / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 1 Ogos – Masjid seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, malam ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata solat jenazah ghaib untuk Haniyeh yang syahid dalam serangan di Iran pada Rabu akan diadakan selepas solat Maghrib.

\”JAKIM menjemput orang ramai hadir beramai-ramai untuk menunaikan solat jenazah ghaib tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis Israel,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Hakimah, JAKIM amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Haniyeh.

\”Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin.

\”Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan golongan yang beriman dan beramal soleh,\” katanya.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...