Home Nasional Sistem e-pemfailan antigangguan seksual dijangka siap tahun 2025
Nasional

Sistem e-pemfailan antigangguan seksual dijangka siap tahun 2025

Sistem e-pemfailan antigangguan seksual dijangka siap tahun 2025

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Sistem e-pemfailan antigangguan seksual yang sedang dibangunkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dijangka siap tahun hadapan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata insiatif itu dilaksana bagi membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual terutamanya di Sabah dan Sarawak, boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS).

\”Kementerian sekarang dalam proses untuk membangunkan sistem e-tribunal bagi antigangguan seksual ini dimana mangsa boleh membuat aduan secara dalam talian dan insya-Allah sistem e-pemfailan dijangka akan beroperasi tahun hadapan.

\”Sebenarnya tribunal ini boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada bila-bila hari, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,\” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Anna Bell@Suzieana Perian pada Persidangan Dewan Negara, di sini.

Tambah Noraini, kerajaan turut bercadang mengambil anggota TAGS dari kedua-dua negeri itu.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...