Monday , 23 December 2024
Home Nasional Remaja 17 tahun maut, motosikal ditunggang terbabas
Nasional

Remaja 17 tahun maut, motosikal ditunggang terbabas

Remaja 17 tahun maut, motosikal ditunggang terbabas

FOTO Polis Perak

TELUK INTAN, 1 Ogos- Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam nahas yang berlaku di Kilometer 27 Jalan Langkap-Kampar, Teluk Intan, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada pukul 1.31 pagi.

Jelas beliau, ketika kejadian, mangsa yang berusia 17 tahun itu tidak memiliki lesen memandu menunggang motosikal milik bapanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Langkap menuju ke Kampar dan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas di kiri bahu jalan.

Akibat kemalangan itu, mangsa telah terjatuh dari motosikal dan mengalami cedera parah.

Tambahnya, mangsa yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah telah dibawa ke Hospital Teluk Intan dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan.

Kes diklasifikasikan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...