Home Nasional Dewan Negara bertafakur penghormatan untuk mendiang Tun Michael Chen
Nasional

Dewan Negara bertafakur penghormatan untuk mendiang Tun Michael Chen

Dewan Negara bertafakur penghormatan untuk mendiang Tun Michael Chen

Dewan Negara bertafakur penghormatan untuk mendiang Tun Michael Chen

KUALA LUMPUR, 1 Ogos– Sidang Dewan Negara hari ini dimulakan dengan sesi bertafakur bagi memberi penghormatan kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara ke-13, mendiang Tun Michael Chen Wing Sum.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan mendiang sebagai individu penting, membina hubungan dua hala Malaysia-China.

\”Dewan juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan didoakan agar tabah menghadapi dugaan ini.

\”Sesungguhnya mendiang telah banyak berjasa dan berbakti kepada masyarakat serta negara termasuk memudahkan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara China melalui diplomasi ping-pong, seterusnya memupuk hubungan yang membawa kemajuan dan kerjasama bermakna antara kedua-dua negara\”, katanya dalam sesi Dewan Negara di sini.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 26 Julai lalu.

Mendiang Tun Michael Chen Wing Sum memulakan karier sebagai Setiausaha Parlimen kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab dalam Penyelidikan Tenaga Nuklear dan Alam Sekitar pada 1973.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...