Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Cuai punca kes orang hilang, ibu bapa perlu cakna terhadap anak-anak
Nasional

Cuai punca kes orang hilang, ibu bapa perlu cakna terhadap anak-anak

Cuai punca kes orang hilang, ibu bapa perlu cakna terhadap anak-anak

Pakar Kriminologi Bebas, Shahul Hamid Abd Rahim

KUALA LUMPUR, 1 Ogos– Faktor kecuaian merupakan antara punca berlakunya kes kehilangan kanak-kanak, remaja dan wanita di negara ini sama ada membabitkan penculikan yang dirancang atau sebaliknya.

Pakar Kriminologi Bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata kecuaian berlaku bukan sahaja di peringkat ibu bapa, malah ia berlaku di peringkat remaja dan golongan dewasa.

\”Kecuaian kalau bagi kanak-kanak adalah kecuaian ibu bapa dan kecuaian bagi dewasa dan remaja ini adalah perasaan mereka sendiri, mungkin bergaduh dengan teman lelaki dan sebagainya. Tetapi, ada juga remaja ini bergaduh dengan ibu bapa.\”

\”Mungkin ibu bapa mereka marah, bergaduh dan halau mereka keluar dan mereka hilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa. Perkara ini berlaku di negara kita sekarang ini dan ia sgt serius kerana kebanyakan kes ia berakhir dengan kematian,\” kata Shahul Hamid kepada pemberita RTM, hari ini.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri Kota Media.

Shahul turut menasihatkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak dan peka terhadap keadaan sekeliling bagi mengelakkan kes kehilangan berlaku.

\”Nasihat saya kepada orang ramai terutamanya ibu bapa supaya jangan terlalu cuai untuk menjaga anak-anak. Waspada keselamatan dan keberadaan anak-anak di lokasi-lokasi awam seperti pasar raya.\”

Ibu bapa atau penjaga dinasihat supaya segera melaporkan kehilangan anak-anak kepada pihak polis sekiranya berlaku.

Mereka tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kehilangan anak mereka kerana kelewatan membuat laporan polis dikhuatiri akan membawa kepada kematian mangsa.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...