Friday , 20 September 2024
Home Nasional KPKM sedia bantu rancakkan industri penternakan kerbau tenusu di Lawas
Nasional

KPKM sedia bantu rancakkan industri penternakan kerbau tenusu di Lawas

KPKM sedia bantu rancakkan industri penternakan kerbau tenusu di Lawas

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

KUCHING, 1 Ogos -Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan untuk menyokong industri ternakan kerbau di Meragang Lawas dan bersedia membantu usaha pembesaran stesen penternakan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ke arah itu, kementerian tersebut akan mengadakan lawatan kerja bersempena program Road to MAHA, ke stesen penternakan itu bermula 8 hingga 11 Ogos ini.

Jelasnya sokongan tambahan akan diberikan kepada stesen penternakan kerbau tenusu itu agar pembiakan kerbau dapat diperbesarkan serta pengeluaran hasil susu ditingkatkan.

Pada masa ini, stesen penternakan tersebut mempunyai lebih 300 ekor kerbau dan dapat mengeluarkan 15 liter susu bagi setiap kerbau.

Datuk Seri Mohamad Sabu ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Kuching.

Kunjungan bertujuan menjemput Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menghadiri perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia MAHA yang akan bermula pada 11 hingga 22 September.

Sementara itu, ditanya mengenai industri durian, beliau menjelaskan usaha gigih sedang dilaksanakan untuk mengeksport durian segar secara global.

Tambahnya permintaan tinggi diterima terutama dari China dan usaha sedang dijalankan bagi memastikan durian segar dapat sampai ke destinasi dengan cepat.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...