Monday , 23 December 2024
Home Nasional JKPK TIA kemuka syor perkukuhkan tatakelola,integriti dan pembasmian rasuah
Nasional

JKPK TIA kemuka syor perkukuhkan tatakelola,integriti dan pembasmian rasuah

JKPK TIA kemuka syor perkukuhkan tatakelola,integriti dan pembasmian rasuah

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Arman Azha Abu Hanifah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos-Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara mengemukakan tiga syor utama bagi memperkukuh tatakelola, integriti dan pembanterasan rasuah dalam negara.

Pengerusinya, Senator Datuk Dr. Arman Azha Abu Hanifah berkata Ini termasuklah, penubuhan Jawatankuasa Bersama Khas Parlimen yang dianggotai oleh Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat bagi menjalankan proses pemilihan dan tapisan calon ke jawatan utama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ombudsman.

\”Selain itu, menjadikan Ombudsman Malaysia sebagai satu institusi bebas yang melapor terus kepada Parlimen melalui laporan Ombudsman yang perlu dibentangkan di dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

\”Tumpuan juga perlu diberikan kepada pemberi rasuah selaku pemula jenayah rasuah memandangkan majoriti tangkapan dan pertuduhan yang dibuat hanya tertumpu kepada penerima rasuah\”, katanya demikian pada sidang media di Parlimen.

Tambahnya, syor tersebut akan diusul kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diteliti.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...