Home Nasional KPKT capai 85% kejayaan daripada 10 strategi, berada dalam landasan tepat
Nasional

KPKT capai 85% kejayaan daripada 10 strategi, berada dalam landasan tepat

KPKT capai 85% kejayaan daripada 10 strategi, berada dalam landasan tepat

Menteri KPKT, Nga Kor Ming

PUTRAJAYA, 2 Ogos– 182 projek penyelenggaraan kolam takungan banjir diluluskan bagi tempoh Januari sehingga 21 Jun ini.

Ia antara 12 strategi yang dicapai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan 85 peratus daripada 10 strategi berkenaan berjaya direalisasikan.

Jelas Menterinya, Nga Kor Ming, sejumlah RM737.9 juta daripada keseluruhan peruntukan Belanjawan 2024 dibelanjakan bagi mencapai 12 strategi berkenaan.

Peruntukan tersebut dibelanjakan secara optimum.

“Kita telah belanjakan RM 737.9 juta. 10 inisiatif telah mencapai lebih 85% daripada sasaran yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan sahaja. Sebagai contoh, untuk kawasan PBT, kita telah menyiapkan 10,000 unit penukaran lampu jalan jenis LED dengan peruntukan RM50 juta.\”

\”Namun, kita telah berjaya meluluskan 12,336 unit dengan peruntukan yang sama tetapi mencapai melepasi 123% sasaran dengan duit yang sama tetapi kita dapat yang lebih,\” kata Nga kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut dicapai, termasuklah, pembinaan hampir 4,000 unit MyKiosk@KPKT yang dijangka akan diperluas menerusi siri kedua menjelang Hari Malaysia.

KPKT juga komited untuk menjadikan Pasar Awam sebagai pusat tarikan pelancong.

Justeru, sejumlah 89 projek menaik taraf Pasar Awam Uzur telah diluluskan bagi tempoh sama.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....