Home Nasional Fahmi ajak orang ramai hadir Himpunan Pembebasan Palestin, Ahad ini
Nasional

Fahmi ajak orang ramai hadir Himpunan Pembebasan Palestin, Ahad ini

Fahmi ajak orang ramai hadir Himpunan Pembebasan Palestin, Ahad ini

Foto facebook Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 2 Ogos– Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak orang ramai hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini (4 Ogos), pukul 8.00 malam di Axiata Arena Bukit Jalil.

Fahmi menerusi hantaran facebook memaklumkan acara tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

\”Semua dijemput hadir!

\”Himpunan Pembebasan Palestin, disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil.

\”Kita jumpa Ahad ini\”, katanya.

Semalam, Perdana Menteri menyifatkan Himpunan Pembebasan Palestin pada 4 Ogos sebagai mesej protes terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh. Ia sekali gus sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Ismail dan pengawal peribadinya terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....