Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Program khas peralihan lesen memandu B1, B2 kepada B bermula 1 Oktober
Nasional

Program khas peralihan lesen memandu B1, B2 kepada B bermula 1 Oktober

Program khas peralihan lesen memandu B1, B2 kepada B bermula 1 Oktober

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

PUTRAJAYA, 2 Ogos– Program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) motosikal kelas B1 atau B2 kepada kelas B akan bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan program itu membolehkan pemegang lesen kelas B1 dan B2 untuk beralih kepada lesen motor kelas B, dengan mengikuti syarat-syarat ditetapkan.

Antaranya, pemohon tersebut telah memegang lesen kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan, minimum 10 tahun.

\”Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.

\”Kita buat keputusan bukannya menghadkan had umur, tetapi melihat kepada tempoh pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman membawa motosikal.

\”Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu melibatkan program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan/pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam dan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh qualified training officer (QTO) di institut memandu\”, katanya.

Beliau memaklumkan program khas peralihan ini tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan dan dimaklumkan kemudian.

Bagi tujuan menjalani program khas peralihan tersebut, caj perkhidmatan sejumlah RM160 akan dikenakan kepada calon bagi menampung kos operasi yang terlibat di institut memandu.

Anthony berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kementerian Pengangkutan Tahun 2024 di Putrajaya.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...