Monday , 23 December 2024
Home Nasional RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan di Parlimen tahun depan
Nasional

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan di Parlimen tahun depan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan di Parlimen tahun depan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

PUTRAJAYA, 2 Ogos– Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun hadapan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada usaha membangunkan semula bangunan-bangunan lama khususnya yang tidak selamat untuk didiami.

Ia sekali gus menambah baik Akta Pengurusan Strata 2013.

“Mengapa kita perlukan pembaharuan akta ini, sebab banyak bangunan di Kuala Lumpur dalam keadaan daif. Kami tidak mampu bina semula kerana berdasarkan Akta 757 Seksyen 57(6), kita memerlukan 100 peratus persetujuan pemilik sebelum membina semula bangunan tersebut”, katanya dalam Sidang Media di Putrajaya.

KPKT turut bercadang untuk menggubal RUU Sewaan Kediaman, selain meminda empat RUU.

Ini termasuk, RUU Pemajuan Perumahan, RUU Perancangan Bandar dan Desa.

Tambahnya, sebanyak 82 sesi libat urus dilaksana bagi tujuan pindaan dan penggubalan RUU tersebut.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...