Home Nasional Lebih 1,600 projek aktif libatkan kos RM72.6 bilion dilaksanakan tahun ini
Nasional

Lebih 1,600 projek aktif libatkan kos RM72.6 bilion dilaksanakan tahun ini

Lebih 1,600 projek aktif libatkan kos RM72.6 bilion dilaksanakan tahun ini

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA KRAI, 2 Ogos – Sebanyak 1,687 projek aktif di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) meliputi infrastruktur jalan raya, jambatan dan bangunan seperti sekolah daif dilaksanakan tahun ini melibatkan kos sebanyak RM72.6 bilion.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sehingga Julai lepas, 87 projek telah disiapkan merangkumi pembinaan 34 projek infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan, 42 binaan bangunan manakala 11 lagi melibatkan lain-lain projek.

\”Kebanyakan projek ini dijangka siap mengikut jadual yang ditetapkan dengan tempoh pembinaan setiap projek antara 24 hingga 36 bulan, bergantung kepada jenis projek yang dilaksanakan.

\”Kerajaan sentiasa komited untuk menyiapkan semua projek yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan projek penggantian Jambatan Sungai Durian di Jalan Persekutuan FT008, di sini.

Tambah Nanta, bagi negeri Kelantan sahaja, sebanyak 88 projek masih dalam pembinaan membabitkan kos hampir RM8 bilion meliputi 38 projek bangunan dan selebihnya projek melibatkan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan.

Mengenai projek penggantian Jambatan Sungai Durian, Nanta berkata kemajuan fizikal projek itu hingga 15 Julai lepas adalah 39 peratus dengan kos kontrak semasa bernilai RM16 juta dan dijangka siap pada Julai tahun depan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....