Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional Dakwaan Kursus Dakwah Harmoni ancam akidah tidak bersandar fakta sebenar – Mohd Na'im
Nasional

Dakwaan Kursus Dakwah Harmoni ancam akidah tidak bersandar fakta sebenar – Mohd Na'im

Dakwaan Kursus Dakwah Harmoni ancam akidah tidak bersandar fakta sebenar – Mohd Na'im

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Kursus Dakwah Harmoni dikendalikan Global Unity Network Unity (UNITY) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang didakwa mengancam akidah anak bangsa adalah tohmahan tidak bersandarkan fakta sebenar, kata Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata pihaknya amat kesal dengan tohmahan dibuat seorang ahli politik berhubung perkara berkenaan yang hanya bertujuan memburukkan imej dan komitmen kerajaan dalam menjayakan agenda mengukuhkan kedudukan Islam dan pembangunan ummah di negara ini.

“Program berkala ini adalah sebahagian daripada siri latihan peningkatan kefahaman dan kemahiran dakwah yang bermatlamat meningkatkan kepakaran dakwah kepada guru-guru bagi membolehkan mereka memberikan kefahaman sebenar tentang ilmu berkaitan agama lain dan perbandingannya kepada komuniti dan generasi muda,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan sepanjang Lawatan Harmoni Terbimbing, tiada penglibatan dalam amalan upacara keagamaan kerana ia bukan program terbuka kepada umum, tetapi untuk para peserta yang terlatih dalam bidang dakwah dan perbandingan agama.

Mohd Na’im berkata lawatan itu juga memberi ruang dan peluang kepada guru agama dakwah berdialog dan menyampaikan mesej agama Islam yang sebenar serta sejagat demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian tamadun insan.

Malah beliau berkata penganjuran kursus menerusi pendekatan dialog antara tamadun juga bukanlah inisiatif baharu tetapi telah dilaksanakan dengan jayanya sejak lima tahun lepas.

“Sesungguhnya negara kita memerlukan lebih ramai guru agama dakwah yang berilmu dan berkepakaran tinggi dalam bidang ilmu agama dan perbandingannya demi memelihara jati diri aqidah dan sahsiah terutama dalam kalangan generasi muda dan masyarakat Islam,” katanya.

Sebelum ini tular klip video berdurasi 6.35 minit yang memaparkan kunjungan delegasi dari JAIPk ke Kuil Sri Maha Mariamman Kampung Kasipillay di sini.

JAIPk dalam kenyataan hari ini menjelaskan program lawatan melibatkan 32 peserta terpilih dari seluruh negeri Perak itu adalah sebahagian daripada pengisian kursus untuk melatih dan meningkatkan keyakinan peserta dalam menyampaikan dakwah terutamanya bagi membetulkan banyak salah faham mengenai Islam.- BERNAMA

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...