Monday , 23 September 2024
Home Nasional Pelajar Politeknik juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’
Nasional

Pelajar Politeknik juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’

Pelajar Politeknik juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’

Pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang, Izzul Zafran Abd Razak juara pertandingan \’Adobe Certified Professional World Championship 2024\’/Foto RTM

SEPANG, 3 Ogos-Pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang, menempa nama di peringkat antarabangsa apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’, yang diadakan di California, Amerika Syarikat.

Izzul Zafran Abd Razak, pelajar semester 5 Diploma Rekabentuk Grafik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual itu menewaskan 47 peserta daripada 40 negara untuk membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai AS$8,000 atau (RM36,170), sijil, medal dan trofi kemenangan.

Kepulangannya ke tanah air, malam tadi (Jumaat) disambut meriah.

\”Perasaan sekarang saya masih tidak percaya ,saya rasa macam mimpi lagi, tapi apakan daya benda sudah menjadi
kenyataan.

\”Bagi saya, pengalaman yang saya dapat ni mmg paling mahal yang pernah ada dalam hidup saya.Pada mulanya bila saya datang ke negara orang, saya tengok para pesaing lain ramai yang hebat-hebat pun ada.Kita buat kawan baharu,kongsi ilmu baharu\”, katanya yang ditemui di sini.

Kejohanan dunia yang berlangsung pada 28 hingga 31 Julai lepas, melibatkan pelajar berusia 13 hingga 22 tahun di seluruh dunia.

Related Articles

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh
Nasional

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh

FOTO DBKUKUCHING, 22 September- Dewan Bandaraya Kuching Utara, DBKU sedang mempertimbang cadangan...

Situasi banjir di Perak tidak berubah
Nasional

Situasi banjir di Perak tidak berubah

FOTO APM KERIANKERIAN, 22 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal...

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang
Nasional

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang

Foto RTMALOR SETAR, 22 September – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah...

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia
Nasional

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia

Foto RTMPUTRAJAYA, 21 September – Festival Budaya Putrajaya 2024 yang berlangsung dengan...